Bismillahirahmanirahim,
Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan
janggutnya. Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara. Tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah, barber itu pun berkata,'' saya tak percaya Allah itu wujud.''
''Kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.
''Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sgt orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? Kalau betul allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. Saya tak dpt bayangkan Allah Yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.
Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.
Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorg lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,
''Kamu tahu tak yang sebenarnya barber jugak tidak wujud?''
''Kenapa kamu kata mcm tu? Sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi'' kata barber.
''Tidak!'' kata si lelaki tadi.''kalau barber wujud, dah tentu tidak ada orang yg berambut panjang tidak terurus serta janggut yg panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu''.
''Ah! Barber mmg wujud! Lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tidak dtg pada saya utk menggunting rambutnya!'' kata barber.
''Tepat sekali!'' kata si lelaki tadi.
''That's the point! Allah jugak wujud. Itulah yg terjadi (keperitan&penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya utk memohon pertolongan.''
Sekian..Jom share?
Sebelum tu, sedikit pandangan gua mengenai kisah di atas ini.. mungkin Allah ingin memberi balasan atas kesalahan hambaNYA yang tidak mengingatiNYA.. Namun, terdapat juga golongan yg Allah bg segala kesenangan kpdnya, agar hambaNYA itu terus melupakanNYA. golongan ini adalah paling bahaya.. kerana seolah2 Allah tidak mahu berhutang apa2 dgn hambaNYA ini di akhirat kelak.
Sesungguhnya Allah memberi ujian itu dlm byk jenis/kategori.. sama ada diberi kesusahan agar kita sentiasa mengingatiNYA .. ataupun dlm bentuk kesenangan kerana Allah nak tgk adakah hambaNYA itu ingat padaNYA pada masa senang.
jadi fikirlah sejenak apakah jenis ujian/balasan yg kita dah tempuh..
apa jua pun, sentiasa la mengingati diriNYA. Berpegang teguh la pada Quran & Sunnah Nabi.. insyaAllah kita tidak akan sesat di dunia yg penuh mencabar ini (-:
Wallaua'lam.
Saturday, February 16, 2013
Huraisy? Apa tu??????! :3
Hai, sihat? alhamdullilah :D today saya want to cerita serba sedikit about Huraisy. Apa that? lets baca ;)
:')
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking (:O) Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab : " Tugas Aku ialah mencari lima jenis manusia."
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Mari kongsikan :) Sabda Rasulullah SAW.. : "sampaikanlah pesananku walau sepotong ayat.." Wallahualam (-:
Kacak :o
Hai :D Halini saya mau kongsi sedikit tentang lelaki kacak. Woo kacak :o Apa yang kacak ni? Ha, jom baca!
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.
Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat." "Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi." Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga."
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cubalah kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.
p/s : Segala yang terbaik datangnya dari Allah s.w.t dan yang segala yang buruk,hina dan dina datangnya dari saya sendiri. Wassalam (::::::::::::

Subscribe to:
Posts (Atom)